Impian Malaysia JKM (“Peraduan”) dianjurkan oleh JomKaki Motor (“Penganjur”). Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat (termasuk sebarang pindaan yang dilakukan oleh Penganjur dari semasa ke semasa) yang terkandung di sini (“Terma dan Syarat”). Dengan menyertai Peraduan ini (“Peserta”), Peserta dianggap telah membaca, memahami dan menerima Terma dan Syarat, termasuk mana-mana terma yang berkaitan dan tersedia pada platform media sosial Penganjur dan sebarang keputusan Penganjur, di mana semua keputusan adalah bersifat muktamad dan terikat dalam semua aspek.
Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan, menamatkan, mengubahsuai, atau menggantung Peraduan sekiranya virus, campur tangan pihak ketiga tanpa kebenaran, penipuan, atau unsur lain di luar kawalan Penganjur yang merosakkan atau menjejaskan pentadbiran, keselamatan, keadilan, atau pengendalian Peraduan. Dalam kes sedemikian, Penganjur boleh membatalkan penyertaan dan gelaran Peserta daripada semua penyertaan yang layak diterima sebelum dan/atau selepas (jika sesuai) tindakan yang diambil oleh Penganjur.
Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang mengganggu atau cuba mengganggu proses kemasukan atau pengendalian Peraduan atau laman web atau melanggar Terma dan Syarat. Penganjur mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengekalkan integriti Peraduan untuk membatalkan undian atas sebarang sebab, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: berbilang entri daripada pengguna yang sama daripada alamat IP yang berbeza; berbilang entri daripada komputer yang sama melebihi yang dibenarkan oleh peraturan Peraduan; atau penggunaan, bot, makro, skrip atau cara teknikal lain untuk menyertai.
Sebarang percubaan oleh Peserta untuk merosakkan mana-mana laman web dengan sengaja atau menjejaskan pengendalian Peraduan yang sah merupakan pelanggaran undang-undang jenayah dan sivil. Sekiranya percubaan sedemikian dilakukan, Penganjur berhak untuk mendapatkan ganti rugi setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Peserta digalakkan untuk tidak meneruskan penyertaan dalam Peraduan jika Peserta tidak menerima mana-mana Terma dan Syarat. Peraduan ini sama sekali tidak ditaja, disokong, ditadbir oleh atau dikaitkan dengan Facebook, Instagram, TikTok atau ahli affiliate mereka.
Peraduan akan bermula dan penyertaan akan diterima tepat pada 1 September 2024, 12:00 AM (GMT+8) dan berakhir pada 14 September 2024, 11:59 PM (GMT+8).
KRITERIA KELAYAKAN PENYERTAAN
Untuk menyertai Peraduan, Peserta mesti mematuhi kriteria berikut:
1) Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menyertai Peraduan pada tarikh penyertaan.
2) Peraduan ini terbuka kepada individu yang bermastautin di kawasan sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Lundu dan Bau.
3) Peserta mestilah pengguna media sosial yang aktif di TikTok, Facebook dan Instagram.
4) Akaun TikTok Peserta hendaklah berada dalam mod terbuka dan bukanlah private.
Individu berikut tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan:
1) Kakitangan tetap dan/atau kontrak JomKaki Motor dan/atau ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa, adik beradik lelaki dan perempuan) dan mereka yang tinggal dalam keluarga kakitangan yang sama;
2) Ahli Affiliate, Anak Syarikat, Ejen Pengiklanan dan Promosi, dan Vendor yang terlibat secara langsung dengan Peraduan ini. Peraduan ini tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan Persekutuan, negeri dan tempatan yang berkenaan. Tidak sah jika terlarang.
MEKANISME PERADUAN
1) Like dan follow laman sosial Facebook, Instagram dan TikTok JomKaki Motor.
2) Rakam video mengikut kreativiti dan ketetapan Peraduan. Tempoh durasi video hendaklah sekurang-kurangnya 45 saat dan tidak melebihi 2 minit.
3) Elemen yang diperlukan dalam video:
a) Motosikal;
b) Nilai patriotisme;
c) Tagline ‘Miliki Motor Impianmu’;
d) Kod rujukan, iaitu nama pengguna akaun TikTok Peserta. (Contoh: jomkakimotor, TIKTOKUSER1) (Rujuk Kod Rujukan dalam Terma dan Syarat)
4) Tag akaun TikTok JomKaki Motor (@jomkakimotor) dan guna hashtag #JomKakiMotor #ImpianMalaysiaJKM dan #MilikiMotorImpianmu
5) Muatnaik video di akaun TikTok masing-masing.
6) Setelah video telah dimuatnaik, Peserta wajib menghantar pautan video TikTok ke laman web https://jomkaki.com.my/contest dan isi butiran yang diperlukan.
7) Notis emel pemberitahuan akan dihantar kepada Peserta untuk makluman penyertaan yang berjaya.
8) Hanya SATU video sahaja yang dibenarkan untuk setiap penyertaan.
Apabila penyertaan telah dihantar, Peserta tidak dibenarkan untuk membuat permohonan pindaan kepada maklumat atau bahan yang telah dihantar. Semua maklumat penyertaan mesti diisi dengan lengkap, betul dan sah. Kegagalan untuk memberi butiran penyertaan yang jelas dan palsu akan dianggap tidak berjaya. Penggunaan Bahasa Melayu (termasuk dialek/loghat tempatan) dan Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan. Penggunaan sebarang perbuatan atau perkataan lucah, bahasa kesat, atau sebarang unsur penghinaan dan sensitiviti kepada mana-mana individu, politik, kepercayaan, kaum atau agama adalah tidak dibenarkan sama sekali.
KOD RUJUKAN
Merujuk kepada Klausa 3(d) dalam Mekanisme Peraduan dalam Terma dan Syarat di atas:
1) Hanya video yang dimasukkan nama pengguna akaun TikTok Peserta sebagai Kod Rujukan diterima sebagai penyertaan. Ini membenarkan setiap Peserta berkelayakan untuk menerima komisen untuk setiap penjualan motosikal yang berjaya.
2) Pelanggan JomKaki Motor boleh menggunakan kod rujukan peserta peraduan dan menerima 2 helmet PERCUMA & 2 baju hujan PERCUMA untuk setiap pembelian motosikal. Langkah penebusan adalah seperti berikut:
a) Dapatkan kod rujukan dari video peserta;
b) Hantarkan kod rujukan tersebut melalui link ini: https://jomkaki.com.my/redeem;
c) Helmet & baju hujan percuma akan diberi kepada pelanggan semasa pembayaran.
PENGUNDIAN DAN PENGUMUMAN PEMENANG
Pada 20 September 2024, 12:00 AM (GMT+8), semua video penyertaan Peraduan, dengan kebenaran semua Peserta, akan dimuatnaik di platform Facebook JomKaki Motor untuk tujuan pengundian rasmi. Maka, hanya satu platform pengundian sahaja digunakan untuk memastikan keseragaman masa muatnaik dan jumlah undian. Semua pengguna aktif platform Facebook boleh LIKE dan VIEW video Peserta.
Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Penganjur mengikut budi bicara mutlaknya. Semua penyertaan akan dinilai mengikut kriteria berikut:
1) Memenuhi langkah dalam Mekanisme Peraduan: 50%
2) Jumlah like dan view: 40%
3) Tafsiran: 10%
Sebanyak ENAM (6) pemenang Peraduan (“Pemenang”) akan dipilih pada akhir Tempoh Peraduan. Pengumuman keputusan Peraduan akan dilakukan di halaman media sosial dan/atau platform dalam talian lain yang dimiliki dan dikendalikan oleh Penganjur (Facebook rasmi JomKaki Motor, Instagram rasmi JomKaki Motor, dan TikTok rasmi JomKaki Motor) dalam masa EMPAT BELAS (14) hari selepas tamat Tempoh Peraduan.
Pemenang akan dimaklumkan melalui mesej peribadi di Halaman Peraduan atau melalui e-mel (yang mana berkenaan) (“Pemberitahuan”). Dalam Pemberitahuan, Penganjur mungkin akan meminta maklumat peribadi Pemenang untuk tujuan pengesahan dan/atau untuk mengatur pengurusan hadiah. Setiap Pemenang bertanggungjawab untuk membalas Pemberitahuan dan memberikan butiran mereka dalam tempoh TUJUH (7) hari bekerja dari tarikh Pemberitahuan.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan Pemenang menerima notis disebabkan oleh spam, e-mel sampah, atau tetapan keselamatan lain atau pemberian maklumat perhubungan yang salah atau tidak berfungsi. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan dan gelaran Pemenang dilucutkan mengikut budi bicara Penganjur dalam tempoh LIMA (5) hari dari masa Pemberitahuan dihantar dan Pemenang baharu akan digantipilih mengikut kedudukan yang seterusnya.
Penerimaan Pemenang bagi hadiah yang ditawarkan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada pematuhan mana-mana dan semua undang-undang dan peraturan Persekutuan, negeri dan tempatan. Sebarang pelanggaran peraturan rasmi oleh Pemenang (atas budi bicara Penganjur) akan menyebabkan kelayakan Pemenang dilucutkan dan semua keistimewaan sebagai Pemenang akan ditamatkan dalm kadar segera.
HADIAH TUNAI
Setiap Pemenang akan menerima hadiah wang tunai yang ditetapkan yang diperuntukkan untuk setiap peringkat kemenangan, seperti yang tertera berikut:
Hadiah Pertama: RM1,000
Hadiah Kedua: RM800
Hadiah Ketiga: RM600
Saguhati (x3): RM200
Semua hadiah yang dinyatakan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat tambahan dan menjadi tanggungjawab Pemenang untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat tersebut. Hadiah tidak boleh ditukar dengan barangan atau kredit dalam apa jua bentuk, melainkan dinyatakan. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis. Hadiah diberikan atas dasar “seadanya”. Pemenang dikehendaki untuk datang secara fizikal ke alamat rasmi Penganjur selepas Pengajur telah melakukan pengesahan yang berkaitan dan memuktamadkan keputusan Peraduan, tanpa gagal. Nilai sebenar mungkin berbeza pada masa pemberian hadiah. Maklumat akan ditentukan sepenuhnya oleh Penganjur. Tiada penggantian hadiah lain dibenarkan kecuali mengikut budi bicara Penganjur. Hadiah tidak boleh dipindah milik. Sebarang dan semua perbelanjaan berkaitan hadiah, termasuk dan tidak terhad kepada, mana-mana dan semua cukai Persekutuan, negeri dan/atau tempatan, dan kos pengangkutan adalah menjadi tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.
Penerimaan hadiah merupakan persetujuan dan kebenaran untuk Penganjur menggunakan nama, rupa dan penyertaan Pemenang untuk tujuan pengiklanan dan perdagangan tanpa pampasan lanjut, melainkan dilarang oleh undang-undang.
PENAFIAN, INDEMNITI DAN HAK
Peserta mengakui bahawa penyertaan yang diserahkan dalam Peraduan mungkin dipaparkan dalam bahan promosi Penganjur, termasuk tetapi tidak terhad kepada, iklan, kandungan laman web, surat berita, e-mel dan siaran akhbar. Dengan menyerahkan kandungan Peraduan (seperti gambar, video, teks, dan lain-lain), Peserta memahami dan bersetuju bahawa JomKaki Motor, pihak yang bertindak bagi pihak JomKaki Motor, dan pemegang lesen, pengganti dan penerima kuasa JomKaki Motor, mempunyai hak, jika dibenarkan, mengikut undang-undang, untuk mencetak, menerbitkan, menyiarkan, mengedar, dan menggunakan dalam mana-mana media yang dikenali atau dibangunkan kemudian, tanpa had dan secara global, kemasukan, nama, potret, gambar, suara, rupa, imej, kenyataan anda tentang Peraduan, dan maklumat biografi untuk berita, publisiti, maklumat, perdagangan, pengiklanan, perhubungan awam, dan tujuan promosi, tanpa sebarang pampasan, notis, semakan atau persetujuan selanjutnya. Dengan menyerahkan kandungan Peraduan, Peserta menyatakan dan menjamin bahawa penyertaan yang diserahkan adalah karya asli dan tidak melanggar hak atau harta intelek mana-mana pihak ketiga. Jika penyertaan anda melanggar hak harta intelek pihak ketiga, Peserta akan dilucutkan kelayakan penyertaan mengikut budi bicara mutlak Penganjur.
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju untuk membenarkan JomKaki Motor memproses dan mendedahkan data peribadi yang diberikan oleh Peserta kepada mana-mana pihak ketiga, menurut Peraduan untuk sebarang tujuan yang berkaitan dengan Peraduan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan JomKaki Motor, termasuk tetapi tidak terhad kepada, proses penganjuran atau sebarang acara atau publisiti Peraduan dalam apa-apa bentuk atau melalui sebarang media tanpa pampasan tambahan, pemberitahuan atau kebenaran. Peserta mengakui bahawa JomKaki Motor berkuasa dalam memproses data peribadi yang diberikan dengan rela hati menurut Peraduan mengikut dasar privasinya. Untuk butiran lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai klausa dan dasar privasi JomKaki Motor, sila emel Khidmat Pelanggan kami di [email protected].
PERTIKAIAN
Peraduan ini diuruskan oleh undang-undang Malaysia dan Sarawak, tanpa adanya percanggahan doktrin undang-undang. Peserta bersetuju bahawa sebarang pertikaian yang tidak dapat diselesaikan antara pihak, dan punca tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan peraduan ini, hendaklah diselesaikan secara individu, tanpa menggunakan sebarang bentuk tindakan kelas, secara eksklusif di hadapan mahkamah di Sarawak yang mempunyai bidang kuasa. Selanjutnya, dalam mana-mana pertikaian sedemikian, dalam apa jua keadaan, perserta tidak dibenarkan untuk mendapatkan sebarang hadiah, dan dengan ini mengetepikan semua hak, punitive, ganti rugi sampingan atau berbangkit, termasuk yuran peguam yang munasabah, selain daripada perbelanjaan sebenar Peserta. Peserta seterusnya mengetepikan semua hak untuk mendapat ganti rugi berganda.
TERMA LAIN
Penganjur berhak untuk menukar, menggantung atau mengubah terma dan syarat Peraduan, atau menamatkan Peraduan, pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara berkaitan dengan Peraduan adalah muktamahd dan terikat dan sebarang aduan tidak akan dilayan.